1. Sekilas pandang sudah 5 tahun Pak Lah memerintah.
2. Saya tak nak bincang segala polisi, dasar dan sistem yang digunapakai Pak Lah sepanjang pemerintahannya. Terlalu rumit dan panjang bagi saya jika nak dibincang.
3. Saya juga tak nak berpuisi, berkias atau guna ayat-ayat bunga yang membuatkan orang susah faham tulisan saya ini.
4. Dan saya juga tak nak bincang kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat, industri dan negara dalam forum ini.
5. Tambahan pula, saya tak nak jadi begitu emosional sehingga menggelar Pak Lah sebagai "F%$K LAH" sebagaimana beberapa orang tulis dalam blog-blog yang lain.
6. Saya masih waras jadi saya akan tulis secara rasional dalam bahasa mudah sebaik yang mungkin.
7. Saya cuma nak cakap pasal pebelanjaan negara hasil pimpinan Pak Lah.
8. Perbelanjaan RMK-9 sahaja RM200 billion,(minta tambahan pulak RM30billion)tetapi bagi saya tidak ada satu pun yang nampak pada mata kasar atau tidak ada satu pun yang boleh disebut seingat saya.
9. Saudara sekalian....Ambil masa 10 saat ini fikirkan satu sahaja hasil perbelanjaan Pak Lah...............................Tidak ada satu pun. betul tak? Saya rasa rakan2 sekalian juga sependapat saya.
10. Kalau TUN dapat bina EMPAYAR PETRONAS, Proton, bangunan KLCC, KL Tower, KLIA, LITAR SEPANG, bangunan pentadbiran PUTRAJAYA, PICC, LIMA, STAR dan PUTRA LRT (sekarang kepunyaan RAPID), MONOREL dan bermacam lagi yang boleh disebut dan tulis di sini dalam 22 tahun pentadbiran.
11. Tiada satu pun yang saya boleh tulis hasil perbelanjaan Pak Lah dalam 5 tahun.
12. Daripada mata kasar sahaja rakyat boleh nampak kelemahan terbesar Pak Lah. Semua projek ditangguh atau dilupuskan kemudian bayar ganti rugi atau pun tunggu sehingga harga kos meningkat baru 'revised' semula.
13. Setelah kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan sekarang, tibalah masanya Pak Lah letak jawatan.
14.Tak payah tunggu lagi..........tandatangan petition online "PETITION ONLINE MENDESAK PM MALAYSIA PAK LAH UNTUK MELETAK JAWATAN" dianjurkan dari laman web PetitionOnline.com, petition online tersebut percuma di:
http://www.PetitionOnline.com/PakLah/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment