Saturday, September 6, 2008

PERMATANG PAUH

Pilihan Raya Kecil PERMATANG PAUH berakhir seperti yang DIRAMALKAN.

Dari 58,000 hanya 47,000 yang KELUAR MENGUNDI,

11,000 yang tak keluar mengundi. PUNCANYA:

1. KELIRU dan FRUST. Pengundi senyap yang tidak yakin dengan sistem dan keadaan politik MALAYSIA samaada dengan pihak KERAJAAN atau PEMBANGKANG.

2. TAKUT. Pengundi takut dengan PENYOKONG FANATIK kedua-dua parti terutamanya dari PKR. Terus-terang PR kecil PERMATANG PAUH adalah lain daripada PR kecil sebelum ini yang menampakkan golongan fanatik membuat kacau dan menDOMINASI JALAN-JALAN RAYA UTAMA dan PUSAT-PUSAT PENGUNDIAN dalam keadaan tidak terkawal.

3. CUTI. Kebanyakkan kilang dan syarikat swasta dari kawasan perindustrian PRAI dan BAHAGIAN PULAU tidak memberi cuti dan PELEPASAN untuk PENGUNDI keluar mengundi.

4. CUACA. Faktor musim tengkujuh minggu ini yang dialami bahagian UTARA SEMENANJUNG menyebabkan ramai tidak keluar mengundi. Hujan pada sebelah lewat pagi berterusan hingga ke awal petang yang kemudiannya diiringi hujan rintik hingga lewat petang.

SEBAB BN KALAH dan PKR MENANG.

1. ANWAR.
Sebab UTAMA adalah Anwar Ibrahim. Kepetahan Anwar berkata-kata adalah punca sebenar BN kalah. Anwar dapat menepis segala tohmahan atau kritikan yang dilemparkan ke atasnya dalam nada sinis dan berjenaka. Sesekali beliau menggunakan kredibilitinya berpidato yang menjanjikan NEGARA RAKYAT yang diwar-warkan. MALAM TERAKHIR KEMPEN, BAYANGKAN terdapat HAMPIR 1000 KERETA DAN RIBUAN MOTOSIKAL membanjiri JALAN BAHRU, JALAN UTAMA selepas SUSUR KELUAR KE BUKIT MERTAJAM DARI LEBUHRAYA PLUS mengakibatkan KESESAKAN sehingga 3 KM dari KAWASAN KEMPEN. BAYANGKAN RAKYAT DATANG KE SATU MAJLIS RIBUAN ORANG HANYA UNTUK MENDENGAR ANWAR BERCAKAP TANPA PERLU MENGGUNAKAN HIBURAN SEBAGAI MEDIUM PENARIK.

2. PAK LAH.
Tidak dapat tidak, faktor PAK LAH adalah antara punca kuat BN KALAH walaupun hanya hadir pada malam terakhir kempen. SOAL RASUAH, KRONISME dan NEPOTISME dieksploitasi ANWAR sebaik-baiknya dalam kempennya. RASUAH PERINGKAT TERTINGGI iaitu jaminan PAK LAH kepada NAJIB bagi mengambilalih pimpinan pada JUN 2010 dicanang Anwar. Begitu juga kisah KETUA UMNO BHGN PETALING JAYA SELATAN yang melaporkan kepada BPR RASUAH dilakukan PAK LAH untuk memberi keistimewaan dan cenderhati kepada perwakilan yang datang ke mesyuarat UMNO PUSAT disiarkan BERITA UTAMA RISALAH PKR dan kempennya. KEGAWATAN POLITIK DAN EKONOMI NEGARA digunakan ANWAR sebagai Agenda HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA. Juga SOAL KRONISME dan NEPOTISME iaitu SCOMI yang mendapat projek kerajaan berbillion-billion dan jawatan dipegang KJ menjadi topik utama ANWAR di setiap kempennya. ANWAR ada berkata '
'Tanpa PAK MENTUA, SIAPA KJ?!!'

3. JENTERA KEMPEN.
Jentera kempen PEMBANGKANG 3x ganda lebih hebat dari Parti BN. Solat hajat PEMBANGKANG 2 malam sebelum kempen berakhir dihadiri hampir 10 ribu orang, jumlah bilik gerakan PKR adalah TIGA berbalas SATU berbanding BN, jumlah bendera PKR dan papan iklan ANWAR terlampau banyak(sehingga terfikir di hati dari mana datang dananya) menghiasi kempen dari sempadan PULAU PINANG-KEDAH,KULIM hingga seluruh PERMATANG PAUH juga di kawasan SEBERANG JAYA (kubu kuat BN). Semasa JENTERA BN diketuai NAJIB ke MEDAN SELERA SBRG JAYA berkempen,muncul JENTERA PKR diketuai ANWAR sehingga 400 orang membuatkan JENTERA BN BEREDAR tak sampai 5 minit.

4. PENGUNDI.
Terus-terang saya katakan ARIFF SHAH hanya menang di kawasan SEBERANG JAYA iaitu kawasan BANDAR. Kawasan LUAR BANDAR, PEMATANG BATU, PERDA, PERMATANG PASIR, PERMATANG RAWA, KUBANG SEMANG, PENANTI DAN GUAR PERAHU yang mewakili 2 DUN didominasi ANWAR dengan mudah. Apa yang boleh saya jelaskan, PENGUNDI-PENGUNDI ini percaya bahawa ANWAR dianiaya oleh TUN dan PAK LAH, mereka percaya KES LIWAT dan SUMPAH adalah satu konspirasi politik di samping ANWAR memperlecehkan SUMPAH SAIFUL dan SUMPAH NAJIB. Penyokong pembangkang kelihatan FANATIK dan begitu TAKSUB kepada ANWAR menepuk setiap kali ANWAR menaikkan suara dan bertambah riuh ketika ANWAR berseloka. Pengundi luar bandar mudah diperdayakan kerana menerima BULAT-BULAT semua yang dikatakan ANWAR tanpa berfikir panjang dan menyemak kebenaran tentang isu-isu yang diperkatakan. MALAHAN tidak terlintas di hati mereka mengenang kembali dan menyemak kesilapan yang bakal dilakukan ANWAR dalam krisis ekonomi 1998 juga keputusan mahkamah mengenai kes RASUAH dan LIWAT ANWAR.

KINI PR KECIL PERMATANG PAUH TINGGAL SEJARAH!!

ANWAR TELAH DIISTIHAR MENANG!!

KEPERCAYAAN KEPADA ANWAR SEMAKIN MENINGKAT, KEPERCAYAAN KEPADA BN SEMAKIN TUMBANG!!

ADAKAH ANDA SEMUA PERCAYAKAN ANWAR???!!

SAYA!!

INGIN SAYA CATATKAN DI SINI,

ANWAR TIDAK PERCAYA KEPADA MEDIA MASSA NEGARA!

ANWAR TIDAK PERCAYA KEPADA SISTEM KEPOLISAN NEGARA!

ANWAR TIDAK PERCAYA KEPADA SISTEM UNDANG-UNDANG NEGARA!

ANWAR TIDAK PERCAYA KEPADA SISTEM DEMOKRASI NEGARA!

ANWAR JUGA TIDAK PERCAYA KEPADA SUMPAH LAKNAT MENYEBUT ALLAH TAALA!


'TAPI' ANWAR PERCAYA DENGAN KEMENANGAN DI PR KECIL PERMATANG PAUH MENGIKUT ACUAN DEMOKRASI NEGARA!

ANWAR DENGAN BANGGA DAN SENYUMAN TEBAL MENGANGKAT TANGAN MERAIKAN KEMENANGAN SEMASA DIISTIHAR MENANG DISAMBUT TERIAKAN REFORMASI PARA PENYOKONGNYA!


PENULIS: PANDAI BERKATA-KATA TAK SEMESTINYA PUNYA IDEA HEBAT UNTUK BEKERJA!!

No comments: