Thursday, September 11, 2008

TAMPARAN BUAT ORANG MELAYU!!

Melihat keputusan hukuman yang diambil PAK LAH terhadap Ahmad Ismail kelmarin umpama satu penampar buat ORANG MELAYU.

Jujurnya saya tidak menyokong apa yang diperkatakan Ahmad Ismail, tetapi ingin saya nyatakan di sini kes Ahmad Ismail yang dikatakan berbaur perkauman tidak diadili seadil-adilnya sebagaimana kes-kes perkauman yang berlaku sebelum ini seperti kes Ronnie Liu, Wee Meng Chee, Hindraf dan sebagainya.

Tindakan diambil ke atas seorang pemimpin MELAYU yang dikatakan 'racist' sedang kes-kes sebelum ini yang berlaku di kalangan pemimpin BUKAN MELAYU tidak diperbesarkan atau tidak pernah pun soal 'racist' diungkapkan.

Adakah ini kerana ORANG MELAYU adalah kaum pribumi atau bumiputra TANAH MELAYU sebelumnya atau MALAYSIA amnya?

Persoalan saya mengapa kes Ahmad Ismail tidak diselidik dari segi kebenaran ucapan, teks, video dan sebagainya sebagaimana yang dikatakannya apabila beliau mempertahankan diri dengan mengatakan ucpannya adalah berkenaan soal pra-kemerdekaan?

Mengapa tidak ada sebarang kajian mengenai kebenaran ucapan Ahmad Ismail dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, orang pertama melaporkan berita tersebut tidak disoal siasat terlebih dahulu?

Mengapa pula pemimpin-pemimpin dari kaum Cina terutamanya dari parti Gerakan seolah-olah melompat kerana terus mendesak menuntut permohonan maaf tanpa sebarang usul selidik?

Dan mengapa PERDANA MENTERI MALAYSIA iaitu PAK LAH turut melompat atas desakan,gesaan dan tuntutan dari kaum bukan Melayu?

Hakikatnya, PAK LAH yang memberi ruang lebih luas kebebasan bersuara. Kini beliau telah terperangkap di atas polisi yang beliau laksanakan. PAK LAH tidak dapat mengekang atau mengawal bentuk pemerintahannya malah mengambil tindakan atas desakan pihak ketiga. Samalah kesnya dengan kes Tun Salleh Abbas yang mendapat bayaran ex-gratia atas desakan Majlis Peguam.

Maka akan bertambah banyak lagi kes yang bakal dilihat diputuskan PAK LAH bagi memuaskan hati pihak ketiga dan menyelesaikan masalah yang berpunca dari PAK LAH sendiri.

Hukuman ke atas Ahmad Ismail adalah bukti jelas kelemahan sistem pentadbiran yang digunapakai PAK LAH.

Bagi saya sekarang, 'BERTINDAK ATAS DESAKAN' dan 'MERAWAT BUKANNYA MENCEGAH' adalah trademark sistem pemerintahan PAK LAH.

Satu soalan, apakah PAK LAH masih relevan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA?

No comments: