Saturday, September 6, 2008

ISU 'RACIST'

Sebenarnya isu 'racist' ini adalah lumrah yang dihadapi negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama. Sejarah menceritakan isu perkauman jika lambat diselesaikan menghimpit manusia ke lembah kecelakaan. Peperangan, kejatuhan empayar dan huru-hara dalam negara merupakan krisis yang berlaku akibat dari isu-isu berbaur perkauman. Dasar Apartheid adalah sejarah terbaik menceritakan tamadun manusia yang bergelumang dalam isu perkauman.

Tidak kurang bezanya di Malaysia, semenjak sekian lama, isu ini semakin hangat diperdebatkan apabila PAK LAH berada di kerusi PM.

Masih segar di ingatan saya, genap 2 tahun lepas apabila MENTERI-MENTERI KABINET BUKAN MELAYU menghantar MEMO kepada PAK LAH menuntut keadilan dalam pengurusan jenazah melibatkan seseorang yang telah menukar agama.

Ketika itu kesnya melibatkan orang Malaysia pertama manawan puncak EVEREST iaitu saudara Mahendran atau nama Islamnya Rafie Syzwan Abdullah yang memeluk Islam 5 tahun sebelum meninggal dan keluarganya menuntut diadakan pengebumian menurut agama HINDU.

Kes itu melibatkan PIHAK MENTERI dan tiada pula perkataan 'racist' yang timbul.

Bagaimanapun baru-baru ini dua AP dari Pakatan Rakyat yang bergaduh dalam Parlimen iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin(PKR) menempelak Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng(DAP) dengan perkataan 'racist' berpunca dari soal diskriminasi terhadap sekolah Cina dan berakhir kepada soal persetujuan debat terbuka seperti yang dianjurkan Bar Council.

Kedua-dua kes berlaku pada pemerintahan Pak Lah yang mana dalam jangka masa dua kes tersebut terdapat lebih banyak lagi kes-kes berbaur perkauman seperti HINDRAF dan FORUM TERBUKA Bar Council dua bulan lepas.

Sesuatu yang pasti kes melibatkan Menteri-menteri cepat diselesaikan. Tapi kes AP Kulim Bandar Bahru tidak mendapat liputan meluas media massa kerana ianya melibatkan AP dari PEMBANGKANG. Dan tidak ada pula permohonan maaf dipohon oleh Lim Kit Siang.

Sikap prejudis Kit Siang jelas kerana kes Ahmad Ismail, melibatkan Ketua UMNO Bukit Bendera dari komponen Barisan Nasional. Jadi banyak yang dipersoalkan dan dituntut.

Saya bersetuju dengan pendapat TUN MAHATHIR apabila puak-puak Hindraf mengatakan berlaku 'ethnic cleansing' atau penghapusan etnik bangsa Hindu di Malaysia dengan 100 orang dibunuh oleh Pemimpin UMNO dan setiap 3 minggu 1 kuil Hindu dirobohkan, tiada pula seorang pemimpin Hindu berniat untuk melafazkan kata maaf kepada orang Melayu. Begitu juga halnya Wee Meng Chee yang telah mempersendakan Lagu 'Negaraku' dan azan yang menjadi amalan umat Islam.

Penyelesaian kes Ahmad Ismail adalah mudah. Tampil ke hadapan, tak perlu berselindung dan jelaskan perkara sebenar sebelum masalah yang keruh bertambah keruh. Pemimpin UMNO tak perlu minta maaf sebelum teks atau video ucapan Ahmad Ismail diselidik. Begitu juga pemimpin Cina perlu meneliti sendiri apa yang dilafazkan Ahmad dalam ucapannya.

Tetapi berkenaan isu perkauman sesuatu yang jelas adalah tindakan PAK LAH.

PAK LAH yang berlagak pemimpin liberal memberi ruang lebih terbuka dan lebih luas kepada rakyat dan media massa bersuara menyatakan pendapat dalam sebarang isu semasa atau negara dengan alasan bagi mendengar suara rakyat yang dikatakan mempunyai gaya pemimpinan tersendiri.

PEMIMPIN HEBAT YANG MEMPUNYAI IDEA DAN SISTEM PEMERINTAHAN TERSENDIRI SEPATUTNYA DAPAT MENGAWAL PERSEKITARANNYA DAN BUKAN PERSEKITARAN YANG MENGAWALNYA.

Berbeza dengan PAK LAH idea kebebasan yang diberi telah memakan tuan punya badan sendiri kerana PAK LAH tidak dapat MENGAWAL POLISI YANG TELAH BELIAU RANCANG dan LAKSANAKAN.

Dalam tidak sedar, PAK LAH sedang menghancurkan kontrak sosial yang dibina oleh pemimpin-pemimpin agung setiap bangsa dahulu yang bekerja keras untuk keamanan dan kesejahteraan negara MALAYSIA.

Hasil dari polisi yang PAK LAH laksanakan, SEMAKIN BANYAK KES-KES BERBAUR PERKAUMAN atau 'RACIST' yang timbul seperti yang dinyatakan di atas.

Tambahan pula PAK LAH memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan kepada Timbalannya untuk menjawab sebarang pertanyaan. Apabila pemimpin Cina melompat, PAK LAH turut sama melompat tanpa memikirkan penyelesaian terbaik sebarang masalah. Kes Ahmad Ismail adalah contoh terbaik.

SAMALAH KESNYA apabila beliau meletakkan DS NAJIB sebagai Pengurus Kempen BN di PERMATANG PAUH supaya beliau tidak akan dipersalahkan atas kekalahan BN.

Jelas kelihatan adalah TINDAKAN PAK LAH yang berniat 'Lepas Tangan, 'Bertindak atas Desakan' dan 'Merawat bukannya Mencegah'.

Saya tertanya-tanya jika rakyat MALAYSIA hari ini mempunyai seorang pemimpin yang layak bergelar PERDANA MENTERI yang benar-benar mempunyai aura kepimpinan.

2 comments:

Anonymous said...

Sdr bermaksud Melayu tak perlu minta maaf atas apa yang diucapkan yang menyakiti hati kaum lain. Melayu tak perlu tunduk kepada kaum-kaum lain. Kalau orang terdekat menyakiti hati saudara, adakah saudara tidak akan MARAH. Jangan lupa, apa yang dinikmati oleh saudara pada hari ini adalah hasil perjuangan semua kaum di bumi ini, bukan satu kaum sahaja. Fikirlah sebelum tulis sesuka hati. Di kawasan kediaman saya, pelbagai kaum hidup aman harmoni, yang menjadi kacau ialah ahli politik sahaja yang sentiasa mahu mengekalkan kedudukan dan kuasa. To achieve, the best way is MAIN ISU PERKAUMAN. Saya tak fikir saudara ada masalah dengan kawan bukan Melayu. Open your mind, look forward. Fikirlah apa akan difikirkan oleh bukan Melayu jika Melayu selalu kata Melayu itu murah hati sungguh. Bukan Melayu tak ada HAK ISTIMEWA, mereka mampu hidup dan mampu mempengaruhi ekonomi negara, melayu sebagai bumiputera dan mempunyai hak keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan, apa yang telah dikecapi? NAK BERJAYA, PERLU MENYATUKAN SEMUA KAUM, BUKAN HANYA MENGAGUNG-AGUNGKAN SESUATU KAUM TERTENTU SAHAJA. REALITINYA IALAH NEGARA INI TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM.

dospenang said...

Terima kasih kepada Anonymous kerana sudi melayari blog ini. Blog ini terbuka kepada semua untuk mengkritik penulisan dan pendapat saya.

Seperti biasa tidak semua akan bersetuju dengan pendapat seseorang kerana setiap dari manusia punya pendapat masing-masing.

Pada 14 Oktober lepas, Anonymous mengkritik saya berkenaan ISU RACIST yang saya tulis. Tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah bermaksud orang Melayu sebagai bangsa yang maksum, tidak pernah membuat kesalahan atau bangsa terbaik yang mana tidak perlu meminta maaf kepada bangsa lain.

Saya cuma hairan kenapa selalunya kaum pribumi disalahkan di negara mereka sendiri. Dan kenapa apabila bangsa Melayu bersuara timbul pula perkataan 'racist'?

Kalau difikir semula apabila puak Hindraf berkata berlaku pembunuhan 100 orang Hindu dan sebanyak 1 kuil dirobohkan setiap tiga minggu di Malaysia oleh npihak pemerintah yang didominasi bangsa Melayu, jelas adalah satu pendustaan. Manakala apabila AP Seputeh di dalam Parlimen menyarankan laungan azan direndahkan suara dan terus menyaman setiap mereka yang tidak bersetuju dengannya juga tidak ada isu perkataan 'racist' yang timbul.

Hakikatnya kandungan utama penulisan saya adalah bagaimana isu 'racist' kalau diputar-belit akan membawa huru-hara dan ketidaktentuan dalam negara. Selain itu ingin saya nyatakan bahawa kes seperti Ahmad Ismail telah salah dikendalikan oleh pimpinan tertinggi UMNO yang terus meminta maaf tanpa usul periksa sebagaimana yang dikatakan Tun Dr. Mahathir.

Juga tidak dinafikan saya amat bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati Malaysia kerana hasil daripada pengorbanan dan perjuangan pemimpin-pemimpin bangsa dan rakyat Malaysia dahulu. Tanpa pengorbanan tidak akan lahir bangsa Malaysia seperti yang wujud pada hari ini.

Saya sarankan anda membaca 'The Malay Dilemma' tulisan Dr. Mahathir pada tahun 70' an yang terus dilabel sebagai 'racist' oleh kebanyakkan orang dari bangsa lain terutamanya bangsa Cina dan orang luar. Karya Tun telah banyak membuka minda dan mengajar betapa pentingnya dasar bertoleransi dalam suasana aman damai walaupun hidup dalam kepelbagaian bangsa dan agama.